BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

NaK cArI ApA?

Tuesday, June 15, 2010

shoping...!! hehe...

hari ni pergi shoping. shoping barang untuk pergi ke uitm arau...yalah, takkan nak pergi sana pakai baju lama. lagipun banyak juga barang yang perlu disana yang aku tak ada.

adess...penat..berjalan dekat setengah jam tapi satu baju pun belum aku berkenan. bukan nak berlagak tapi tak menarik dihati...hehe...aku kalau tak berkenan jangan harap nak pakai melainkan terpaksa....hehe...kalo dah berkenan tu, hari hari nak pakai..hahaha
melampaulah pulak...
btw, barang sekali mahal doe...ada kasut tu aku jumpa sampai beratus. mak ai! pitam tengok! cepat cepat aku letak balik kasut tu. ngeri tengok harga! hahaha
tapi ada satu kasut tu, aku berkenan tahap gaban! siot! aku nak! tapi saiz 7, aku pakai saiz 6...argh! tensyen! huhu
takpa takpa, nanti aku akan beli jugak kasut tu. tak kira! nak jugak! muahaaha

tapi ada jugak malang masa shoping baju tadi...hahaha....mana yang trial itu yang last, so aku terpaksa ambil jugak...eee....bekas orang...haha..tpi smart...so, aku rebat jugak...alah balik basuhlah...susah apanya....haahah
hampir kesemuanya, yang trial. pastu dah tak dak stok. adess...merana merana....hahaah
kena pulak cari tie yang padan. pening! nasib baik jurujual tu baik hati, tolong jugak. kalau tidak alamaknya pening la...hahaha
selepas pergi the pacific lama yang kehabisan stok, hahah, aku pergi pulak ke bank islam. bayar yuran pengajian. akhirnya selesai hal tu tanpa masalah....senang dan mudah saja. tekan nombor, pergi kaunter then bayar....ahakz...mudah...ehhee...

then, pergi pulak ke the pacific yang baru. pergi beli seluar pulak. yang tu masih belum beli. huh! seluar kat tadi pun kena trik yang last. yang trial pulak tu...adess..fana...fana...ahhaa
beli jeans dan seluar slack. huhu...tapi bes jugak lah dapat beg free...haha....
pergi ke pacific baru, lagi best. banyak stok..haha...tak macam tadi...sadis...sadis...hahaa
jeans 2 helai aku sebat, slack 2 helai aku rembat, baju kemeja sehelai, baju tshirt 4 helai aku rebat....ahaahahah....akhir sekali dapat lagi 2 beg kertas...huhuhuhahahah.....baru shoping pakaian, dah beratus. belum lagi keperluan lain...wohoho.....k bye...nak g tido..letih daa...heheeh

Monday, June 14, 2010

So You Think You Can Dance! S7! Cam bes ja!

Program yang berdasarkan tarian. memang best aku dengan mak bantai tengok. Hahaha...aku tengok di AXN...hehe..
btw, season 7 nampak pelik dan lebih seronok berbanding season sebelumnya. mungkin kerana format persembahannya sudah berubah....hehe
format yang menetapkan hanya sebelah peserta yang ada dan mereka akan menari bersama bintang SYTYCD sebelum ni yang dari season 1,2,3,4,5, dan 6. huhu...memang mantop...haha..
tgk showcase pun dah best! menarik! mungkin baru mula sebab video mereka dalam youtube baru ada yang episod untuk showcase. video yang persembahan belum ada. huhu...xperlah..nanti aderlah..haha..malam ni ada SYTYCD season 5.
hah! aku hanya boleh menonton setakat minggu depan sahaja coz aku akan sambung pelajaran ku di uitm arau.....waaa!! miz SYTYCD! Prfft!
sebelum tu....tak sabar nak tunggu buah rambutan dan manggis masak...wahahaha!!

Sunday, June 13, 2010

Siyes....giler! aku gelak sampai nak terkucil..ahaha....dan musim buah!

x dapat dinafikan...memang nak lawak gila...ahaha....
memang boring sekarang, so aku buat keputusan nak "menghegehkan" diri di google.
entah bila aku dah agak suka google-mengggoogle ni...hahaha
ni kes lepas si Omar Mahdzan tu yang malas nak bagi link kat aku, dia suruhnya aku google kat google....hahaha...

ok! back 2 the story. bermulalah apabila aku kebosanan melayan fb. mungkin sebab waktu tu maghrib so tak banyak yang on9. huhu.
ditambah pula sekarang musim buah dan kenduri, sudah pasti ramai yang bakalan tersandar di tiang rumah atau dibawah pokok yang punya buaian....hahha..
oklah, aku dah merepek lagi..

bab yang nak tergelak tu, tengah menggoogle. aku taiplah perkataan "perwatakan", so keluarlah berderet-deret,,,hehe..
tengah membaca segala info-info tu, terdetik n tertacap terus mata aku pada satu tajuk ni..hehe....


dia punya isi aku tak kisah sangat, then aku scroll kan ke bawah untuk melihat komen. memang kebanyakkan blog aku suka tengok komen jer...hehe...
then komen-komen berikutlah yang membuatkan aku tergelak besar....hahaah....


antara komennya yang menarik hati...hehe :-

-boley tolong letak gambar buah-buahan yang terbabit tak? susah la nak kena imejin.. ekekekeke



-ni termasuk utk lelaki sekali ke hehe



-mcm buah dorian tak der ker..??
aku tak tersenarai lar kalo cam tu...



-bentuk buah pisang tak der ker?



-apa pun buahnya..tetap ada keistimewaannya yg tersendiri.



-kalau yang tembikai tu dah khawin
dia umpama banyak air (susu), dah sampai masanya untuk menyusukan anak dia..
kalau yg tembikai tu lom khawin..
banyak air juga, cuma peringatan utk dia yg badan tu dah bersedia untuk menjadi ibu.....hikhik
kalau yg lemon tu..
cam buah lemon, dia dah masam, susu dia pun dah masam.



-buah betik muda sedap buat rojak



-aku yg pompuan pun, tak reti nak bayangkan.. tembikaikah aku? lemonkah aku??


dan ada jugak yang buat tak tahu atau tahu, tidak ku tahu...contohnya...


-payudara ni ape ek? sejenis buah ker?



harap maaf kepd yang terasa mungkin..tpi itulah kebenran....sejauh mana kebenaran info tersebut tidak aku dapat pastikan....gila apa kalau aku nak pastikan..hehe....
aku hanya suka suka melihat post tersebut...hahah...masih aku terbayangkan kata kata mereka...huhu....kalau untuk mereleasekan tensyen boleh la baca post itu...dan orang yang open minded jer...hehehe..

ok...topik lain pulak..hehe...sekarang musim buah di sik, kedah, tumpah tanah air mata, dan darahku...hehe...memang bes! sesiapa dijemput hadir! penginapan sila urus sendiri..hahaah
sekarang buah durian makin menjadi jadi dan buah rambutan tak payah cakaplah..berduyun duyun,..huhu..buah manggis jer tak masak lagi..huhu....feverot aku...weeeee....

oklah len masa sambung lagi pasal musim buah....nanti kalau ada masa aku uploadkan gambar...hehe...nak bagi korang jeles...ahah

Blogwalking??

Salam semua..hehe...hati aku nak update blog, tapi tak tahu pulak nak post tentang apa. so bantai ajelah letak post "blogwalking". even aku sendiri pun tertanya-tanya. apakejadah bendanya tu blogwalking?

blogwalking=blog berjalan?
huh?

Masa bila pulak blog ada kaki tu? cuba cakap sikit. hehe
penink...penink...hehe...

hari ini hari ahad. aku ingatkan hari isnin, kalau tidak malam ni aku dah tengok la So You Think You Can Dance! huwu...
ah! bosan doe!! jomlah...seseorang! ajak aku buat date,...hehe...

ah better google lah...cari apa yang patut...hehe

Monday, June 7, 2010

Kuala Lumpur-Bangi-Teluk Intan-Chemor-Sik!

Penat! Memang penat! tpi bes...huahuahuahuahua....
namun, tak puas jugak..huwaaa!!!
miz KL...kih3....

pada mulanya, tidak dirancang pun nak pergi KL tu...selalu dah macam tu...selalu pergi tanpa perancangan....kalo rancang, konpem xjadi....hahaha...mula2nya, mak tak nak pergi...sebab aku dan adik demam pada hari selasa. keesokan harinya, aq dah ok. demam dah berkurang. mak masih belum buat keputusan. sebenarnya keputusan di tangan abah, sebab dia yang pandu kereta. dia seperti biasa, buat dunno saja. geram gak! hehe

hari khamis. pakcik dah telefon berkali kali kat umah aku. asyik tny, "akak nak datang ke x?" pada mak aku. lemas jugak dia..muahaha...siap buat ayat pasrah lagi.

"takkan tak nak datang?"
"alah, datanglah kak."

dari petang sampai ke malam, pakcik aku kerja menelefon. aku yang ditepi telefon dah terasa tuli telinga. ikutkan hati, nak saja aku lempar telefon tu kat belakang rumah. sakit telingalah!!!

kebingitan telinga ku ditambah pula dengan panggilan melalui telefon bimbit mak...argh!! tensyen! nak tengok tv pun tak senang. huhuhu...

tepat pukul 9.30 malam, pakcik telefon lagi. kali ini mak jawab. dan seperti biasalah, buat ayat pasrah. huhu....sedih dengar..kih3...
mak teh pulak telefon, tanya nak datang ker? kalo nak datang dia boleh tolong ambil kat mana mana walapun naik kereta. mak kata tak tahu lagi. huhu. tengok esok dulu. aku menanti dengan penuh debaran. harap haraplah pergi. hahaha...boleh pergi berjalan..kih3..bukan nak tengok pakcik aku bernikah. tapi sehari selepas pak cik bernikah, kak nana pulak bertunang. so ke bangi pulak. adess. penah doe. huhu!

jumaat petang! bersiap siap. PACK BARANG! yiha!!!!
KL! OH KL! KL OH KL!...muahaha...akhirnya, pergi jugak.

mak kata, "kalau tak pergi nanti kesian pulak. tinggal yang tu aje yang belum 'dikorban'kan."

petang tu, abah drive macam nak kejar jet. antara 130-140km/h. rasa nk tercabut jantung jantung. huwahahahaha....
tapi aku suka, ngah3...hehe...
sampai diKL, main bantai masuk ajer asal sampai ke gombak tapi ditercapai. hahaha...
akhirnya, pakteh amik di jalan kuantan mana entah, tidak aku tahu. aku bukan orang KL doe..hehe...mula2 aku bagi arahan, masuk sana, masuk sini, tapi last sekali sesat....awaaaaaa...

makteh ada cerita, pakcik dah nak nangis. huhu...bes gak dengar,...yang makcik sekor tu, pendera tahap gaban punya..hahaha...
tiba di masjid yang bakal pakcik aku bernikah dictu, nampak maktam dengan "angkatan tenteranya" ada disitu. masa itu orang dah solat isyak tapi kami tak boleh masuk kos kami buat jamak. so, kena solat seorang2 la..adess...

selesai solat jamak, tunggu jemaah lain siap termasuk pakcik aku yang pakai baju melayu putih. selesai solat mereka, pihak pengantin perempuan sampai. kenduri disitu jugak..

tidak lama kemudian, selesailah segala2nya. pakcik dan makcik aku dah selamat diijabkabulkan. 3kali akad. dua kali yang pertama tu, tok kadi yang buat spoil. kiranya, pakcik aku sekali lafaz ja. amboi, tak sabar nampak..hahaha...

usai yang itu, sekrang tiba waktu makan! makan? hahahah..suka! suka! suka!...

bluerk! kenyang perut aku. huhu...selepas itu, balik gombak. tido la..apa lagi..leh la kalau aku ni pengantin. lambat la sikit tido..kih3...pakcik aku tu sengau. so agak susah nak faham dia kata apa, org lain la. aku faham jerk...hehehe



sabtu, bangun pagi then tido balik. dalam pukul 9 bangun pulak.hahaha...sarapan pagi. nasi lomak. kah3...hahha...di rumah makteh ada mesin apa ntah yang lari2 tu...aku pun dah lupa nama apa..hahaha...aku try tengok. wah bes..sekali de la sepupu aku yang terlebih "baik" pergi tolong lajukan speed benda tu...macam beruk kena hambat dengan zirafah ja...huh! lenguh kaki aku. akhirnya, kena sebat jugak budak2 tu...wahaahahah...menangis diiringi set karaoke lagu anang diaorg. padan muka! hahahah....
dalam tengah hari, kami bersiap2 nak pergi ke bangi pukak. majlis bertunang kak nana. sepupu aku.. haish! malas niyh...aku datang nak berjalan jer..hahaha...kejamnyer aku..haha
penat giler beb kat kenduri dia. tak banyak yang menolong. asyik duduk sambil dok mengumpat ajer makcik2 tu.(bukn kaum krbt aku).
tolong idak jugak. lempar dengan kayu nak? hahahah
selesai majlis nya aku pun bergmbr sakan...buat post maut tu..hahaha....

sabtu malam, ke jalan TAR. wah bestnya...huhu..second time g kat ctu..rindu doe...aku suka dengan keriuhan kotaraya..hahaha...malam2 lagi larh suka...suka tengok lampu2...sampai sekarang masih teringt..waaaa.....sob..sob...hehehe
masih sibuk seperti dulu..orang semakin ramai. haha..bes o...sekarang masih lagi terasa hatiku di KL...tambah2 pukak dia tu dok kat kawsan KL jgk..hehe...aderlah..kah3...malam tu balik rumah dan siap siap nak ke Teluk Intan...tinggalkan Kl...hu....

ahad, besday makteh. waaa..dia seronok la...mak rancang nak buat suprise. aku suka. suprise2 ni memang suka...tambah2 tengok muka orang tu yang macam beruk kena gentel dengan broza..haha...
memang bes...besday terbaik aku penah tengok..hehe...sanak saudara berkumpu walaupun masih ada yang tiada tpi cukuplah sekadar yang ada disitu...(tetiba emosional) hahaha
sebelum tu, kami pergi ke pekan teluk intan dulu, nak beli barang n kek dan mcam...
sempat lagi singgah kat ruang tapak depan menara condong tu yang ada pertunjukkan kecil kereta yang dimake upkan..wahhh...cantik dol..hahaah...tapi sayang sekali aku pergi pun dah nak maghrib dan diaorang pun dah nak beredar tapi sempat lagi tngkap gmbr tu, cuma pose aku xder la...xsempat..huhu

malam tu, ada majlis kenduri kesyukuran dan besday makteh...memang bes. huhu. terharu aku. hahha..macam besday aku..hahaha...tpi memang bes...hehe..berkumpul ramai2...sampaikan aku dah jadi yang paling tua dalam kalangan sepupu aku,..hahaha....bes2...pandai diaorg "hormati" aku...hahaa
sempat lagi aku buli diaorang...bes o..hahaha...

Wednesday, June 2, 2010

dEmAm!

Salam...hai semua...lama xupdate blog(baru 2hari) hahaha...

jangan tanya kenapa xbukak blog 2 hari...demam lorh...hehehe...skrg dah rs lebih baik ckit...dah boleh bukk blog ni kira bolehlah tu..hahhah...

aq bangun pagi..terasa pelik...batuk dan mula wujud...batuk kering..rsanya..
aq bukan doktor, so bantai jer...hahaah..lepas tu abh suruh g hantar barang ke kem, aq pun pergilah..balik2 tu nak tido saja...ok lagi ms tu...xdemam sgt...suam2 cam tu la...
tpi tanda2 dah ada...

alah kejap jer kot, aq fikir...

tapi tidak...aq kerja dok berselimut ja...selalunya, pukul 12 org dah xberselimut dah,
melainkan demam....berselimut, lepas tu nak bangkit buat apa pun dah xlarat...
mak balik dari sek..lepas tu dia tgk aq len mcm...
MULUT DOK SENYAP(XSEPERTI BIASA POT PET POT PET) hahahah....

dalam pukul 3 stengh, pergi ambil ubat...heheh....pastu aq pun ada pagi time2 demam cam ni...mengidam mcm2...ahaha

CHICKEN CHOP!!! hahah..not chopstik k..heheh

pastu balik umah tok...sekarang demam aq dah kurang sikit..

Tuesday, June 1, 2010

PeRtAnYaAn!

ADA SESIAPA TAHU, KENAPA AKU SEJAK SEMENJAK NI, XCERITA HAL DIRI AQ, TETAPI, MEMBERI CERAMAH? hahahahahahah

Air!! Keajaiban molekul air!!

“Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup”(QS. Al-Anbiya : 30).Kajian saintifik di Jepun: Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air.Air murni dari mata air di Pulau Honshu dido’akan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 darjah C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi.

Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama.

Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan do’a Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah.

Semasa di suatu seminar yang rata – ratanya dihadiri oleh bukan Islam , Prof .Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah , berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan .

Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap.Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysiabangun dan berkata “itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”.

Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu.Ternyata air boleh”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan , seperti pita magnetik atau compact disk.Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang terhasil pada molekul air .

Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang dido’akan boleh menyembuhkan si pesakit.Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air.

Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah.Dengan izin Allah, pesanan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sedari.Rasulullah SAW bersabda, “Zamzam lima syuriba lahu“, “Air zamzam akan melaksanakan pesanan dan niat yang meminumnya.”

Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan penyakit, dia akan sembuh.Subhanallah… Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat, karena dia menyimpan pesan do’a jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim AS.Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Qur’an tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air.

Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan , daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air.Solat fardhu wajib air wudhu 5 kali sehari. Solat sunat , memegang al –Quran.

Persetubuhan, suami isteri wajib mandi.Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Mati pun jenazah wajib dimandikan dan lain-lain keadaan.Kita mestilah menghormati air .

Jaga kebersihan dan jaga adab – adab serta jangan membazir.Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Qur’an dan hadits.Wallahu a’lam.

10 SiTuAsI LeLaKi yG hArUs WaNiTa FaHam..


1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.



Lelaki juga sensitif

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada
seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..:)

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki,perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Kenapa Yahudi Bijak??

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

KaTa HaTi GuA..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails